Monday, August 26, 2013

2

Banyak yang terjadi beberapa bulan ini.

Ditipu majikan misalnya.

Lesap lebih dari lima ribu ringgit, hasil penat lelah dan keringat yang seikhlas hati bekerja. Terasa bagaikan direjam hati bila pengkhianatan berlaku oleh yang dipercayai . Manakan duit sendiri didahulukan, wang upah pun tak dibayar.Hilang terus rasa ikhlas. Bertukar rasa dendam dan kesumat. Sakit hati. Tidak mampu melepaskan hak yang terambil paksa. Benci. Hilang langsung makna redha.

Dan kelangsungan itu merubah hidup aku. Bilamana rasa tamak makin tercanang dalam jiwa. Rasa iri tak mahu lepas terkait. Dan saban waktu, rasa mahu maki segala yang tertakdir. Sejauh ini hilangnya tenang. Serapuh ini rupanya hati.

Namun, salahkah aku begini?

Mahu belajar tenang dan kembali menerima takdir, namun hati sudah hitam. Sudah bertarkan benci.

Tuhan, celah mana kamu di dalam sini? Lembutkanlah hati ini seperti mana dulu. Amin.

No comments:

Post a Comment