Wednesday, August 28, 2013

7

Hidup memang tak senang, tapi tak susah juga.

Yang kata hidup senang sentiasa adalah golongan yang belum menghadap kehidupan, dan mereka yang kata hidup ini susah belum belajar untuk melihat ke dalam diri sendiri mengapa kehidupan ini begitu sukar.

Terlalu mengaburi mata hati sendiri dengan keseronokkan dunia dan mengaburi diri sendiri dengan kepayahan dunia adalah dua benda bodoh dan langsung menunjukkan mentaliti rapuh kita, adalah kesilapan yang sangat jarang untuk kita hadap dan akui.

Ada masa masanya, aku pun tergolong sama.

Apa kan daya. Yang penting, cubalah keluar dari dua kepompong pembunuhan ini.

Kasihanilah jiwa-jiwa kita yang mati teraniaya dek kesilapan sendiri namun ditelunjuk salahkan kepada yang tidak sepatutnya. Kembalikan kezaliman ini kepada diri sendiri.

Kerana kezaliman itu memang terhidup dalam diri manusia. Jikalau tidak, masakan malaikat resah bila manusia dicipta dan iblis menentang untuk tunduk, kan?

Fikir-fikirkan.

6

Jam 10 malam semalam baru balik dari pejabat. Tugasan baru memerlukan ruang yang banyak untuk mengenali lebih baik tentang efisyensi.

Dengan tekun, terpaksa merelakan setiap yang berlaku ini-- berlaku seperti sepatutnya.

Ruang hidup menjadi sedikit sempit. Harap, yang tersayang mampu bersabar.

Kau sayang aku, kan sayang?

Aku harap selalu. Tak sabar jumpa kau. Sudah dua bulan sejak terakhir kali aku ke Johor dan kau hantar aku pulang ke KL. Rasa rindu dah menggebu tanpa perlu ditaburkan tepung naik segera.

Aku benci rindu dan sakitnya namun aku suka pujukanmu kerananya.

Manis tapi pahit.

;(harap) sayang kita tetap teguh dalam hati seperti mana adanya kau setiap waktu di dalam wujud jantungku, begitu juga wujud aku di dalam jantungmu; setiap waktu- selalu.

Masih di pejabat. Siap sedia mahu pulang dan luang lebih banyak waktu dengan kau.

Aku cinta kau.

Tuesday, August 27, 2013

5

Penat jadi baik. Jadi, jangan pelik kalau aku mula mahu jadi jahat.

4

" Ada separuh orang, dia tamak." mensiniskan aku, pada cerita aku tidak mampu menerima hakikat bahawa hak aku-- gaji dan simpanan ditipu.

Itu langsung petikan yang diwartakan seorang manusia yang merungut tak sudah-sudah, "Kalau tak diminta datang ke sini, akak dah dapat RM10k dan boleh kerja di Rawang. Datang sini, bukan akak nak sangat pun." Ah, dan gaji manusia itu naik sekali ganda. Kerana duit, diterima.

Bila datang kerja, ditolak lagi mentah-mentah.

"Ini semua bukan kerja akak. Kau datang pejabat goyang kaki aje?" katanya lagi. 

Dan aku pandang dia menjawab selamba," Ah, ini semua kerja saya lah ye? Kalau macam tu baik biar saya yang jadi Senior Executive. Akak balik Rawang, letak jawatan."

Ditanya lagi tentang kerja, "Akak, yang itu dah siap?"
Geleng.

Ditanya pula tentang yang lain, geleng lagi. Tak sempat mahu susun hidup baru di sini.

Setiap kali ditanya dijawab tak tahu.

4 bulan masih sesi sesuaikan diri. Begitu ceritera orang yang mentamakkan orang lain.

Sekarang, ada orang baru ganti duduk aku, semua perkara balik pada aku. Sedang jelasnya aku bukan lagi berada dalam department tersebut.

Oh lupa, memang lah disoal semua tidak tahu. Kan selama ini aku sorang yang bekerja. Kau orang kan terasa besar, apa hal buat kerja.

Jangan kata aku mensiniskan orang. Ini cerita betul.

Titik.

Monday, August 26, 2013

3

Entah mana salah dan silapnya.

Biasanya orang yang selalu minta diberikan peluang adalah orang yang paling sombong selepas peluang diberikan.

Sumpah, selain rasa dijadikan batu loncatan, aku mula rasa bahawa hubungan kawan itu palsu. Itupun aku dah tahu lama dahulu. Tapi, biasalah. Buat releks dan pura-pura lupa.

Tak apalah.

Lubang engkau, kawan.

Walaupun ada rasa luka dekat hati sini, aku doakan yang baik-baik untuk kau. Kan kononnya kau kawan?

Kan.

2

Banyak yang terjadi beberapa bulan ini.

Ditipu majikan misalnya.

Lesap lebih dari lima ribu ringgit, hasil penat lelah dan keringat yang seikhlas hati bekerja. Terasa bagaikan direjam hati bila pengkhianatan berlaku oleh yang dipercayai . Manakan duit sendiri didahulukan, wang upah pun tak dibayar.Hilang terus rasa ikhlas. Bertukar rasa dendam dan kesumat. Sakit hati. Tidak mampu melepaskan hak yang terambil paksa. Benci. Hilang langsung makna redha.

Dan kelangsungan itu merubah hidup aku. Bilamana rasa tamak makin tercanang dalam jiwa. Rasa iri tak mahu lepas terkait. Dan saban waktu, rasa mahu maki segala yang tertakdir. Sejauh ini hilangnya tenang. Serapuh ini rupanya hati.

Namun, salahkah aku begini?

Mahu belajar tenang dan kembali menerima takdir, namun hati sudah hitam. Sudah bertarkan benci.

Tuhan, celah mana kamu di dalam sini? Lembutkanlah hati ini seperti mana dulu. Amin.