Wednesday, September 11, 2013

10

Kalau aku bertenang, aku boleh je buat kerja yang mustahil jadi mustahil.

Tapi, sekarang ni aku selalu memilih untuk tidak bertenang, jadi kerja biasa-biasa pun jadi serabut.

Wish me luck.

I won't let people dump me because of my stupidity, I will let them be with their stupidity.

Monday, September 9, 2013

9

Aku tak punya apa-apa harta selain wang ringgit yang lebih sedikit dari sedikit kebanyakkan orang yang mempunyai harta paling kurang sebiji kereta atau sebuah rumah.

Ini harta materialistik, literalnya.

Jadi, siapa yang lebih kedana soalnya?

Monday, September 2, 2013

8

Minyak naik 20sen bukan isu besar pada orang yang tak ada kereta macam aku, kata mereka mereka yang berkereta. Eh, dah tu orang serupa aku yang tak berkereta ni apa kau fikir guna air liur nak bayar tambang teksi? You win some, you lose some. Soal harga naik atau tak, bukan isu. Isu yang paling tepat kalau nak dibangkitkan pun ialah perihal kelangsungan hidup. Kau dan aku sama sama hidup menular terinfeksi akan keadaan ini. Cuma satu soalan aku, lepas puas kau maki apa akan kau dapat? Puas hati... jauh sekali. Harga minyak turun ke asali, sila lekas lekas berjaga dari mimpi. Lekas!