Tuesday, January 7, 2014

.17.

Sudah tahun 2014 dan sudah banyak perkara tidak lagi mampu aku ungkapkan dalam renek-renek kecil tulisanku.

Induk-induk rasa semakin bermutasi menjadi atom atom kecil, bergumpal dalam zarah hasut syaitan dan rasa tidak senang yang semakin tinggi. Mungkin, aku ini manusia negatif yang mana bila bila mana rasa tercuit sekitarnya, aku jadi bingung dan membungkam.

Mungkin juga, aku ini sudah terlalu dhaif dalam kepompong susah payah yang terjarik kasar oleh realiti hidup. Apalah sangat kepompong yang aku bina mahu melawan bencana yang keras tajam menunjal tidak henti.

Sakit itu ada, sampai raungan tidak lagi mampu terdengari; esak kian lama menjadi kering sendiri tak terusapi.

Hakikatnya, hidup dan kepompong yang aku bina sudah carik habis, sedangkan aku belumpun punya sayap cantik sang rama-rama.

Kejam, betapa kejam dan teraniaya yang aku rasa sampai hilang dalam balik terang.

Sesekali, aku mahu bebas lepas. Lepas seperti anak kecil yang masih terperangkap dalam manusia aku seusia 27 tahun ini. Anak kecil yang masih kebingungan.

Bingung.

No comments:

Post a Comment